Tuesday, January 24, 2012

0

Gastrik

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.
Penyebab Gastrik
Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.
Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.
Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Punca-punca lain Gastrik:
·  Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
·   Pengambilan alkohol yang berlebihan
·   Pengambilan kokain
·  Merokok
· Stres
· Gangguan autoimun
·  Penyakit crohn
·  Radiasi dan kemoterapi
·  Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
· Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
·  Rembesan asid gastrik yang berlebihan
·  Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
·    Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.
Gastritis Terbahagi Kepada DUA
Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati
· Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang  atau hilang sedikit selera makan.

Tip Sepanjang Bulan Puasa
·         Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana                 ia merupakan amalan yang disunatkan
·   Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
·                                Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu                hati
· Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan                usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
·  Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
·  Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
·  Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
· Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
· Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
· Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.
More

Friday, January 20, 2012

0

Kelebihan atau Pahala Ibu Mengandung...

“…Apabila seorang wanita mengandung (janin) di dalam rahimnya,maka beristghfar para malaikat untuknya dan Allah akan mencatit baginya 1000 pahala dan kebajikan dan menghapuskan 1000 dosa..
..Apabila dia sakit hendak bersalin, Allah akan mencatit lagi pahala kepadanya seimbang dengan pahala orang lelaki yang berjihad Fiisabilillah. Apabila dia telah melahirkan anak, maka gugurlah segala dosanya dan jadilah dia bersih tanpa sebarang dosa sebagaimana dia mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu (seperti bayi yang baru lahir)”
“…Apabila seorang wanita mengandung (janin) di dalam rahimnya,maka beristghfar para malaikat untuknya dan Allah akan mencatit baginya 1000 pahala dan kebajikan dan menghapuskan 1000 dosa….Apabila dia sakit hendak bersalin, Allah akan mencatit lagi pahala kepadanya seimbang dengan pahala orang lelaki yang berjihad Fiisabilillah. Apabila dia telah melahirkan anak, maka gugurlah segala dosanya dan jadilah dia bersih tanpa sebarang dosa sebagaimana dia mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu (seperti bayi yang baru lahir)”

Ahh...betapa ku rindu saat-saat  menikmati mengandung dan melahirkan 7 permata-permata hatiku :)

Ingatlah wahai anak-anak " Syurga di bawah telapak kaki ibumu " 

More

Monday, January 16, 2012

0

Adab Potong Kuku cara Rasulullah

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.

Hari Selasa: Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.

Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
More